Nasir
Jani, satu nama yang cukup sinonim dengan istilah ‘rebel’ dan…hmm..mencarut. Satu Malaysia yang menonton (termasuk
aku) rancangan “Teleskop” yang disiarkan secara langsung pada tahun 1995 mesti
terdengar pengarah ini menuturkan “f**k”.
Perlahan tapi jelas di telinga. Masih terbayang dan terdengar.
Natijahnya,
sejak saat itu beliau telah di”banned”.
Dihalang…disekat dan entah apa lagi yang telah dilakukan bagi menyekat periuk
nasi beliau. Bukan setakat kerja pengarahan tetapi hidup beliau. Hidup keluarga
beliau.
NASIR JANI
Sumber:http://www.sinarharian.com.my/hiburan/nasir-jani-tidak-pernah-mengalah-1.249172
Semuanya
kerana sudah muak dengan isu cetak rompak yang mana mengikut pendapat beliau
tidak ditangani dengan sebaik mungkin oleh FINAS dan Kementerian Penerangan
yang ketika itu diterajui oleh Tok Mat (Allahyarham Datuk Mohamed Rahmat).
Beliau mengaitkan isu pemimpin rasuah sebagai punca utama kegagalan itu dan
kemudiannya berperanan sebagai ‘jagoan’ kepada semua pengkarya seni bagi
memperjuangkan isu tersebut yang pada hakikatnya tidak pernah dapat dibanteras
sehabis-habisnya hingga kini.
KEMBARA SENIMAN JALANAN
Sumber:https://ms.wikipedia.org/wiki/Filem_Kembara_Seniman_Jalanan
ROZANA CINTA 87
Sumber:https://moviemagnet.net/movies/251363-rozana-cinta-87
Kini,
sudah lebih dua dekad peristiwa tersebut berlaku. Kini pengarah yang telah
melahirkan “cult film” Kembara Seniman
Jalanan (1986) dan Rozana, Cinta 87 (1987) berpeluang untuk bercerita dari sisi
pandang beliau berbanding sisi pandang akhbar (juga kementerian yang
mengawalnya) sebelum ini.
Biar kita yang dewasa di zaman itu menjadi hakim seteru panjang ini dan biar mereka yang baru hendak dewasa di zaman ini menjadi saksi kesan seteru itu.
Biar kita yang dewasa di zaman itu menjadi hakim seteru panjang ini dan biar mereka yang baru hendak dewasa di zaman ini menjadi saksi kesan seteru itu.
No comments:
Post a Comment