Seram?
Tak juga. Hambar? Tak juga. Mahal? Hihihi. Beli ‘combo’ dan bukan ‘ala carte’.
Bayar RM50 untuk tiga buah buku. Berbaloi jika difikirnya nawaitu untuk
menggalakkan anak muda Melayu yang mempunyai bakat dan upaya menulis untuk
menghasilkan karya yang boleh diletakkan di para buku dengan rasa penuh bangga
dan akhirnya berupaya berpindah ke rak buku yang lain (maksudnya terjual).
Jar
Nadjmuddean adalah penulisnya. Manusia yang diberikan kelebihan untuk terbuka
hijabnya (hijab mata buka hijab tudung) untuk mampu melihat wajah-wajah di luar
dimensi normal manusia. Atau kata yang mudah, DIA BOLEH NAMPAK ROH ATAU HANTU
ATAU SYAITAN!
Karya
setebal 123 muka surat (akhirnya kosong..untuk autograph penulisnya mungkin?) memuatkan
barisan 23 cerpen pendek termasuk satu cerpen bonus yang berkisar tentang
pengalaman penulis dengan dunia luar sedar ramai manusia termasuk aku.
Tak
kenal maka tak cinta. Tak nampak maka tak berani. Kalau dah berani mana datang
seramnya. Maka, bagi manusia seperti aku yang selama akhir sepuluh tahun ini
hidup keseorangan lima hari seminggu di satu-satunya bilik yang berpenghuni
tetap selain tiga puluh buah rumah tiga bilik yang kosong, kosong tanpa
penghuni sekiranya tiada yang berhajat menginapnya.
Syukur,
Allah masih menutup hijabku tetapi kadang kala telingaku masih lagi boleh
menangkap bunyi-bunyi asing yang mampu menggangu. Persetan! Itu yang selalu ku
bisikkan pada hati. Agar hati mampu kuat bila minda sudah tidak mampu
berdikari.
No comments:
Post a Comment