Surat Dari Praha

Praha atau Prague, ibu kota Republik Czech yang terkenal dengan keindahan penuh nuansa romantis menjadi pilihan bagi sebuah lagi filem terbitan negara tetangga, Indonesia selain ibukota-ibukota lain sepereti Paris, Beijing dan Istanbul.

Sumber: http://movie.co.id/surat-dari-praha/

Filem terbitan tahun 2016 ini sarat dengan gaulan sejarah hitam nusa ini yang beberapa dekad tersembunyi dalam sedar rakyatnya dan juga momen cinta yang menggerakkan cerita ini hingga hujungnya.

Kemala Dahayu Larasati (Julie Estelle) yang menghadapi masalah kewangan dalam menyelesaikan kes perceraian dengan bekas sang suami (Chico Jerikho) terpaksa memenuhi tuntutan wasiat ibunya, Sulastri (Widyawati) bagi membolehkannya mewarisi harta peninggalan.

Tuntutan wasiat ibunya pada asalnya mudah. Sekadar menghantar sekotak surat-surat lama dan sepucuk surat yang dialamatkan kepada seorang lelaki, Jaya (Tio Pakusadewo) yang berada di Praha (Prague). Bermula daripada keengganan Jaya menandatangani surat pengesahan dan menerima kotak surat tersebut dan palitan pelbagai peristiwa yang terjadi, akhirnya kisah sebenar hubungan antara Jaya dan ibu Larasati terbongkar.

Sumber: http://www.imgrum.net/user/petikan_film/1434678723

Sulastri dan Jaya merupakan sepasang kekasih. Jaya adalah pelajar jurusan nuklear dan merupakan sebahagian kumpulan pelajar yang telah dihantar oleh Presiden Sukarno untuk belajar di beberapa buah universiti khususnya di negara blok sosialis kerana biaya pengajiannya adalah percuma. Apabila kerajaan Sukarno tumbang dan diganti oleh ‘Orde Baru’ Presiden Suharto, sebahagian besar pelajar di luar negara ini enggan menerima ‘Orde Baru’ dan sanggup hilang kerakyatan dan menjadi Stateless Man.

Keadaan ini memaksa Jaya menghubingi Sulastri bagi mengelakkan cinta hatinya dituduh sebagai simpatisan kepada pengkhianat negara dan dihukum oleh kerajaan Suharto. Hanya 136 surat yang dikirim dari Praha selama sebelas tahun walaupun tanpa balasan sepucuk pun kerana ketika itu Sulastri telahpun bernikah. Kesetiaan dalam hubungan cinta ini turut mengeruhkan tali perkahwinan antara Sulastri dan bapa Larasati dan akhirnya membawa kepada kematian bapanya yang kecewa kerana Sulastri tetap setia dengan cintanya pada Jaya.

Sumber: http://www.riffatakhsan.com/2016/02/review-film-surat-dari-praha.html

Larasati pula menyalahkan Jaya atas kegagalan rumah tangga ibu dan bapanya setelah mengetahui tentang hubungan Jaya dan ibunya apabila membaca surat-surat Jaya kepada ibunya. Bagaimanapun setelah mengetahui tentang kisah kesetiaan cinta Jaya terhadap ibunya dan setelah Jaya membaca isi surat Sulastri kepadanya, hubungan antara sang kekasih dan anak kekasih ini dapat dijernihkan.

Kisah yang diilhamkan daripada peristiwa sebenar dan lagu-lagu karya Glenn Fredly (penerbit) ini telah digarapkan sebaik mungkin oleh sutradara Angga Dwimas Sasongko dalam menghasilkan sebuah cerita yang CANTIK…!

Sumber: http://www.imgrum.net/user/petikan_film/1434678723

"Sebelum Berangkat Ke Praha, Saya Berjanji untuk 2 Hal : kembali ke Indonesia dan menikahi Sulastri dan Mencintai Sulastri Selamanya, Ternyata Saya Hanya Bisa Menepati yang Kedua"

Sumber: http://www.riffatakhsan.com/2016/02/review-film-surat-dari-praha.html

"Hidup Menimbun Ingatan, Merayakan yang Ada dengan yang Tak Ada"

Hayatilah juga dua buah lagu nyanyian asal oleh Glenn Fredly yang dinyanyikan oleh pelakon utamanya iaitu Julie Estelle (Nyali Terakhir) dan Tio Pakusadewo (Sabda Rindu). Versi yang lebih ku minati berbanding asal…lebih-lebih lagi jika sedang menikmati secawan cappuccino di suram petang.

Antara Surat Dari Praha;






Sumber: http://www.muvila.com/foto/film/baca-potongan-surat-surat-romantis-dari-surat-dari-praha-160120m-page1.html

Sumber: http://countelez.mywapblog.com/tio-pakusadewo-sabda-rindu-ost-surat-dar.xhtml

SABDA RINDU (TIO PAKUSADEWO) - LAGU ASAL: GLENN FREDLY

Berteman sepi berkawan kelam
Di sudut ruang menata hati
Selami makna yang menyapa kalbu
Tuk selaksa relung tertawan rindu

Wahai malam kupanggil engkau
Bukan dengan rasa dendam
Lepaskan segala syair yang meredam
Maka bawalah salam penawar sendu

Kurindu
Lebih baik katakan apa adanya
Bila memang rindu
Kurindu
Karena waktu takkan mampu berpihak
Pada perasaan yang meragu

Kurayu malam kubelai sunyi
Bukan dengan rasa dendam
Luruhkan lara yang menikam kalbu
Maka bawalah salam penawar sendu

Risalah asa yang terikat
Yang membawa sabda rindu
Kan kutempuh semua perjalanan

Tuk pulang ke hatimu

Sumber: http://filmbioskopterbaru.com/film-surat-dari-praha-januari-2016.html

NYALI TERAKHIR (JULIE ESTELLE) - LAGU ASAL: GLENN FREDLY

Belahan jiwa
Dekatlah kepadaku
Ku ingin engkau tahu
Ku mengagumimu

Engkau dan aku bagaikan doa
Yang mengikat
Dalam setiap langkahku
Namamu ku sebut

Ku jatuh 
Ku jatuh kembali padamu
Hanya denganmu ku lepas semua raguku

Hatiku 
Hatiku jatuh kepadamu
Sluruh semangatku
Jatuh dan jatuh kepadamu

Kau nyali terakhirku

No comments:

Post a Comment