Assalamualaikum Beijing

Semalam...malam atau lebih tepat lagi awal pagi, di waktu mata masih berdegil untuk merapat lena, aku menyaksikan sebuah filem terbitan negara jiran..Indonesia. Bukan di pawagam besar cuma di TV Plasma bilikku yang agak besar. 

"Assalamualaikum Beijing" hasil tangan sutradara Guntur Soeharjanto yang diadaptasi dari novel Assalamualaikum, Beijing karya Asma Nadia. Filem ini mengangkat kisah cinta yang berlatar belakangkan Islam di Negara Cina. walaupun kisahnya agak klise iaitu hubungan cinta antara dua warga negara, bangsa, budaya dan agama yang berbeza tetapi seperti biasa diduga berakhir dengan nada yang gembira!


Watak utama iaitu Asma (Revalina Sayuthi Temat) dan Zhongwen (Morgan Oey) bermain awalnya agak sederhana, banyak bermain dengan kata bak puisi (memang biasa di filem Indonesia tetapi kita?) tetapi agak berat di hujung cerita apabila Asma ditimpa penyakit berbahaya dan di masa yang sama melarikan cintanya dari Zhongwen dan bekas kekasihnya, Dewa (Ibnu Jamil). Walau bagaimanapun, elemen humor tetap ada seperti yang ditampilkan oleh sahabat Asma, Sekar (Laudya Cynthia Bella) yang amat meminati dunia drama Korea.


Soalan cepumas..Mengapa filem ini menjadi pilihan untuk ditonton dan dinikmati oleh deria rasa aku yang lain? Dari dulu aku memang seorang budak kelas Sains yang meminati dunia kesusateraan khusus yang berkaitan bahasa. Walaupun filem Indonesia jika adegannya menggunakan bahasa pasar (bahasa etnik+sukuan+Belanda dan sering diakronimkan) sering tampak sedap didengar apatah lagi jika bahasa tuturnya menggunakan bahasa Indonesia yang indah susun katanya. 

Filem kita? sudah banyak yang bahasa tuturnya seperti dalam dunia nyata...bahasa pasar dan kasar. Kadangkala sakit di cuping apabila mengadun setiap kata yang masuk ke telingan untuk difahami minda. Tak salah untuk sepersis filem Inggeris yang sejak dulu sebegitu (mana bisa Batman bertutur dalam baris sastera). 

Rindu untuk menonton filem yang dialognya umpama filem Puteri Gunung Ledang.

Senyum, tak perlu kata apa-apa.


No comments:

Post a Comment