Hari
ini, kira-kira 30 minit sebelum azan Maghrib berkumandang menandakan tamatnya
tempoh berpuasa ku pada hari ini, kereta yang ku pandu tiba tepat di pagar
singgahsana keluargaku.
Tanpa
diraih, seluruh mindaku menayangkan apa yang telah kuperbualkan dengan dua
orang teman sepejabatku semalam, tentang makna hidup ini jika dibandingkan
dengan kesibukan kerjaya.
"Cuba
bayangkan. Apabila muncung kereta kita tiba di hadapan pagar rumah setelah
seharian bekerja. Apakah yang kita rasakan? Adakah kita telah melakukan sesuatu
yang bermakna pada diri kita sendiri pada hari ini?"
http://www.utaranews.com/2015/07/wow-parking-kereta-f1-depan-rumah.html
Atau
selama ini kita hanya lakukan untuk orang lain? Untuk keluarga? Untuk tetangga?
Untuk masyarakat? Untuk bangsa? Untuk negara?
Lihatlah
ke belakang sambil tersenyum kerana waktu masih tersisa dan kita masih belum
terlewat.