Imbauan
aku tengah hari ini berundur ke tahun 80an..kala usia aku masih muda, belum
remaja tapi sudah ada rasa sayang. Sayangkan sesuatu melebihi dari sayangkan
seseorang.
Semuanya
kerana seekor kucing. Kucing putih baka siam yang dibuang oleh ‘mantan’ tuannya
ke tempat aku bertugas. Raut bentuk wajahnya persis wajah kucing kesayangan
keluargaku suatu ketika dahulu. ‘Comot’ namanya. Bukan kerana jenis selekeh
tetapi kerana bulunya ber’pattern’kan
semburan warna-warna debu kelabu.
Kucing
itu sekadar ada di hadapan mataku. Ku biarkan saja. Cukup hanya makanan yang
tersisa yang dijamahnya. Ku biarkan saja sekali lagi dan berkali-kali selepas
itu. Kerana apa? Kerana aku sekadar hanya rasa kasihan. Kasihan…kesian…kasihan…kesian
Tapi
bukan pada Comot. Aku tak kasihan padanya. Sejak kecil kuambil, kujaga, kubelai
sehinggalah kelibatnya hilang setelah hampir separuh dekad ia menjadi tempat
keluargaku dan aku melepaskan tekanan-tekanan hidup yang ada. Kerana apa? Kerana
aku kasih padanya sebagaimana aku kasihkan keluargaku, permainanku dan buku
komik kegemaranku.
Maka,
saat aku menghidu aroma kopi ala Americano ini..sambil melihat bayang wajah di
atas pekatnya, ku harap kita mengerti dan tidak terkeliru dengan perasaan kasih
dan kasihan yang ada di jiwa kerana ia bukan dicetuskan minda.
No comments:
Post a Comment