Manusia
kerap tertipu dengan mindanya sendiri. Terkeliru dengan pilihan-pilihan imej
yang perlu disimpan selamanya, disimpan sementara atau yang tidak perlu singgah
pun. Buang terus!
Kita
selalunya lebih cenderung untuk menyimpan dengan rapi memori-memori yang kita
senang..yang kita sayang..yang kita hargai. Memori-memori inilah yang akan
terputar di minda apabila kita berada dalam keadaan-keadaan yang paling sukar
dalam hidup.
Justeru
itu bila kita berada di bawah sedar, otak akan memilih memori-memori itu untuk
terus ditayangkan berulangkali walaupun memori itu hakikatnya sudah terlalu
lama berlalu atau hanya sebentar saja hadir dalam fasa hidup kita. Apabila
asyik ditayang…didengar…dihadam berulang-ulang kali, memori-memori itu akhirnya
akan dianggap suatu yang nyata..iaitu peristiwa yang baru dan terkini berlaku…
Kekeliruan
ini kadang kala perlu untuk membuatkan kita berasa sedikit ketenangan untuk
berpaling (bukan lari) dari masalah yang menyempitkan minda dan perasaan. Tapi
andai kita hanya sanggup bergantung kepada rantaian memori tersebut tanpa
berusaha untuk akur, pasrah dan redha dan seterusnya membuka kotak minda dan
kunci perasaan pada hakikat yang sebenarnya…kita akan terperangkap dan kekal
dalam sangkar memori tersebut untuk selama-lamanya.
Untuk
itu. Sejujurnya aku pilih untuk membuka ruang nafas dan belahan bibirku untuk
mencicipi rasa sang kopi, menghirup aroma harumnya dan meneguk rasa panas pahit
itu.
No comments:
Post a Comment