Indah…
bila pagi ini kudedikasikan seluruh saraf rasa dan minda sedarku dengan secawan
kopi panas. Ruap panas yang memacu harum kopi ku hirup dalam-dalam sambil
membayangkan….
Bagaimanakah
perasaan Bapa Kemerdekaan kita, Allahyarham Tunku Abdul Rahman jika beliau
dapat membayangkan bahawa dalam tempoh 30 hari, tanah air yang beliau cintai
ini akan MERDEKA..Bebas dari cengkaman colonial yang bertali arus sejak 1511?
Apakah
kita kini sudah betul-betul merdeka? Yakin sungguh sudah merdeka dari sudut
penjajahan. Tapi adakah yakin sudah merdeka dari sudut akal fikiran? Merdeka
raga jasmani? Merdeka hati perasaan?
Atau
kita sekarang ini sebenarnya masih dijajah… oleh bangsa sendiri?
-Walau
apapun…MALAYSIA, SELAMAT HARI LAHIR. Ku Hitung Juga Tiga Puluh Hari
Lagi…MERDEKA! DARI RAHIM IBUKU
No comments:
Post a Comment