Aku bukan warganegara yang zalim. Tidak prihatin dengan
nasib golongan Orang Kurang Upaya (OKU) atau istimewa. Sepanjang aku mendapat
lesen memandu, sekalipun aku tidak pernah meletakkan keretaku di parker khas
OKU. Apatah lagi membawa kereta dan melanggar golongan ini. Nauzubillah! Minta
dijauhkan.
Cuma emosi aku agak tersentuh sedikit selepas dua
kejohanan bertaraf dunia melabuhkan tirainya iaitu Sukan Olimpik dan Sukan
Paralimpik. Bukan sebelum atau semasa sukan itu berlangsung…
Sukan Olimpik mempertandingkan manusia-manusia hebat
dunia tanpa dikategorikan kepada apa jua kelas seperti berat badan dn umur
kecuali beberapa jenis sukan seperti angkat berat. Manakala Sukan Paralimpik pula
mempertandingkan golongan OKU dalam sukan yang berupaya diceburi dan dalam kelas-kelas
khas tersendiri seperti kurang upaya minda, fizikal dan masalah pembelajaran.
Sumber: https://hype.my/2016/120180/rio2016-3-malaysians-cinch-gold-create-history-at-the-rio-paralympic-games/
Sepuluh juta. Hampir 10 juta dibelanjakan untuk warga
Malaysia yang berjaya meraih pingat (baca pingat, bukan pingat emas sahaja)
selepas kejohanan bertaraf dunia tersebut. Jumlah ini tidak termasuk dalam
entah apa kejohanan yang akan datang. Bukan, bukan kos yang dibelanjakan untuk
meraih pingat tersebut dan sudah tentu ia tidak sebanyak mana yang dibelanjakan
oleh FAM untuk membina pasukan “Harimau Malaysia” agar dapat bertaring dan
garang belangnya.
Sepuluh juta itu untuk pencen. Pencen. Bukan selepas
mencapai usia persaraan 55 atau 60 tahun. Tapi serta merta dan dalam konteks
ini ia umpama gaji. Bagi seorang penerima pingat emas dijanjikan pencen RM5
ribu sebulan. Matematik mudah, kalau setahun RM60 ribu dan kalau umurnya
panjang dan hidup lagi 30 tahun, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM1.8
juta! Itu untuk seorang. Belum lagi dikira habuan-habuan lain yang dijanjikan
atau mungkin ketika blog ini ditulis ia hanya tinggal janji.
Dengki? Aku tak pernah iri hati dengan sebarang ganjaran
diterima oleh ahli sukan negara selama ini. Itu rezeki mereka. Cuma nilai RM5
ribu bagi istilah pencen inilah yang amat menyentuh hati.
25 tahun aku belajar dari peringkat sijil, diploma, sarjana muda dan sarjana, bekerja jauh dari keluarga dengan jarak perjalanan hampir 300 km pergi balik dan be a weekend father selama 10 tahun. Andainya aku bersara atau
meninggalkan dunia yang fana ini, aku atau keluarga yang aku tinggalkan tidak
akan dapat menerima pencen sebanyak RM5 ribu tersebut. Untuk memperoleh nilai tersebut, aku perlu bersara semasa gaji pokok aku ialah RM10 ribu. Gaji pokok tanpa elaun-elaun lain.
Ini yang buat aku beremosi sedikit. Berbaloi ke kalau
imbuhan untuk penampilan sukan diangkat sebegitu tinggi. Memanglah mereka ini
tiada pendapatan lain kerana tidak bekerja tetapi pepatah Cina ada mengatakan
“Beri mereka ikan untuk dimakan sehari tetapi berikan pancing, mereka akan
makan selamanya”.
Atau ada tujuan lain?
Sumber: http://www.firstpost.com/sports/rio-olympics-2016-usain-bolt-can-be-beaten-by-only-one-opponent-time-2964648.html
P/S – Usain Bolt, pemenang emas 100 meter Olimpik 2016
dan sebelum-sebelumnya, bertanding dengan tujuh lelaki terpantas dunia yang
lain. Berlari tanpa mewakili sebarang kelas, apatah lagi sebarang kelas ketidak
upayaan…
No comments:
Post a Comment