Sepuluh
hari. 1 hingga 10 Disember 2016. Sepanjang tempoh itu seramai 30 orang pelukis profesional
akan berkampung di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) bagi merealisasikan tema “Cagar
Seni Di Perbukitan” (Art Haven In The
Hill).
Festival
seni ini telah dijayakan oleh para pelukis (catan) dan pengarca (sculpturer) daripada beberapa negara rumpun
Asia seperti Indonesia, Bangladesh, China, Korea Selatan, Nepal, Filipina,
Bangladesh, India, Laos, Singapura, Taiwan, Thailand, Vietnam, Australia dan
tidak ketinggalan pertiwi kita, Malaysia.
Selain
itu, hasil karya Measured Drawing pelukis-pelukis
muda pelajar dari Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya, sekolah-sekolah di sekitar
KKB turut dipamerkan di Perpustakaan Awam KKB, Galeri Seni KKB dan khemah
perasmian.
Kebanyakan
hasil catan yang dihasilkan adalah berbentuk abstrak dan mengambil latar
belakang alam KKB yang kaya dengan himpunan flora dan fauna selain sifat rahmah
dan perpaduan masyarakat majmuk yang sedikit sebanyak agak asing bagi
kebanyakan pelukis-pelukis ini.
Cikgu Zulkifli Din, guru SK Ampang Pecah yang cukup sinonim dengan dunia seni lukis khususnya di Kuala Kubu Bharu. Komited, minat dan berdedikasi.
Bersama
pelukis Filipina, Reynold DelaCruz yang mengambil semangat perpaduan masyarakat
KKB dalam karyanya.
Karya
unik pelukis Indonesia, Zent Prozent yang turut menterjemahkan kesepakatan
masyarakat majmuk Malaysia dalam menguatkan negara tercinta ini.
Karya pelukis muda Malaysia, Ng Chaw Tong ini mengetengahkan betapa pentingnya bagi kita untuk memberikan pendapat, idea dan menyalurkan pandangan dengan rasa bebas.
Teruk
sangatkah dunia ini dengan pencemaran sehinggakan dewa turut mengenakan topeng
muka? Karya pelukis Asha Dangol dari Nepal ini turut menarik mataku untuk
merakamkannya.
Pelukis
Autralia, Michelle Dawson ini menjadikan fauna yang sinonim dengan negara kita
seperti anjing dan beruang matahari sebagai latar penghayatannya. Anjing? Masih
banyak. Ya banyak. Beruang Matahari? Menantikan masa dan ketika untuk kita
amati hanya di zoo sahaja.
Festival
ini telah dirasmikan oleh Tuan Mohamad Zain bin A. Hamid, Yand Dipertua Majlis
Daerah Hulu Selangor dan turut dihadiri oleh YDH Dato’ Haji Aman Shah bin Mohd
Shahar, Dato’ Orang Kaya Maha Bijaya Hulu Selangor.
Penulis
bersama maskot festival, Ori Si Burung Kunyit (Ori The Black-Naped Oriole)
No comments:
Post a Comment