Semasa aku bersekolah
dahulu, cikgu sering bertanyakan hobiku dan rakan-rakan sekelas. Melukis,
ringkas sahaja jawapanku. Memang itulah hobiku dahulu yang nampaknya telah
diwarisi oleh anak lelaki bongsuku. Itu dahulu. Sekarang, hobiku semakin
bertambah. Mambaca, mendengar muzik, menonton filem dan menulis menjadi barisan
hobiku yang baharu.
Hard Rock Cafe pertama yang dibina di London pada tahun 1971.
Kini, senarai hobiku
bertambah satu. Tapi kali ini hobiku agak mahal. The Big Boy’s Hobbies…katakan.
Tak, hobiku bukan berbasikal hujung minggu, bukan juga menunggang motosikal
berkuasa besar keliling desa dan pekan kecil (sebab kalau di bandar banyak
sangat gangguan…jem dan lampu trafik).
Antara
contoh cenderamata Hard Rock Café.
Hobiku yang baharu ialah
mengumpul memorabilia hasilan Kedai Kopi Batu Keras atau yang disebutkan oleh
Robert Plant sebagai Hard Rock Café (HRC). Terdapat banyak cawangan HRC di muka
bumi ini. Malaysia sahaja telah sedia ada empat cawangannya iaitu di Kuala
Lumpur, Melaka, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Dengar khabarnya akan ada yang
keempat iaitu di Kuching, Sarawak.
Hard
Rock Café Kuala Lumpur.
Hard
Rock Café Melaka.
Hard
Rock Hotel Penang.
Hard
Rock Café Kota Kinabalu.
Terdapat banyak memorabilia
yang ada. Dari yang sekecilnya seperti pin hinggalah yang besar-besar seperti
beg sandang. Aku? Hanya mengumpul kemeja T (t-shirt) sahaja. City Tee iaitu
yang mempunyai grafik berkaitan HRC dan lokasi di bahagian belakang baju dan
Flag Tee iaitu yang mempunyai grafik bendera di hadapan baju.
City Tee Melaka
City Tee Penang
City Tee London, England
City Tee Phuket, Thailand
City Tee Oslo, Norway
City Tee Melaka
City Tee Tbilisi, Georgia
City Tee Munich, Germany
Flag
Tee Baku, Azerbaijan
Setakat ini aku menyasarkan
t-shirt berdasarkan beberapa lokasi mengikut benua. Jika ada kesempatan dan
kemampuan aku akan beralih ke lokasi-lokasi yang masih beroperasi dan
selebihnya aku menyasarkan pula ke lokasi yang rare iaitu lokasi yang telah ditutup terus atau berhenti beroperasi
kerana bertukar lokasi, unauthorised
iaitu tidak berada di bawah bumbung rasmi HRC dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment