Hari ini umat Islam mula berpuasa. Aku? puasa dan bercuti. walaupun cuti hampir habis, tapi aku terpaksa juga bercuti hanya dengan satu niat dan harapan anak-anak aku akan tabah berpuasa di tahun ini. Aku memang dah niat nak sama-sama bersahur dengan mereka di hari pertama berpuasa, pergi membeli belah juadah puasa, berbuka puasa dan menamatkannya dengan membawa anak sulung teruna aku ke surau untuk berjemaah solat tarawikh...Itu sahaja pengorbanan aku yang termampu untuk mereka sebagai bapa yang sering berjauhan dengan keluarga. Salam Ramadhan
JURNAL RAKAMAN YANG HADIR, MENYAPA, SINGGAH, BERMUKIM DAN BERMASTAUTIN DI MINDAKU, INSAN YANG MENYEDARI DIRINYA SENTIASA DALAM RAKAMAN-NYA
- NUKILAN
- RASA HATI
- MELIHAT
- MENDENGAR
- MEMBACA
- Koleksi Post di Facebook 2012
- Koleksi Post di Facebook 2014
- Tidak Ada New York Hari Ini - DuBook Indo
- #CeritaSeram - DuBook Press
- Membedah P. Ramlee - DuBook Press
- Brader! Kita Mesti Terus Hidup - DuBook Press
- I'm Backpacker: Korea - Puteh Press
- Dari Tanjung Malim ke KLCC & dari KLCC ke Tanjung Malim - DuBook Press
- Kisah Laki Bini - bukuPOJOK
Tuesday, August 10, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Cergas Diri
Hari ini aku ke tempat kursus menaiki komuter setelah sekian lama menaiki kereta. Seronok juga kerana aku berkesempatan rehat (tidur-tidur ayam) sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuala Kubu Bharu. Cuma kesian, kerana mem aku kena hantar ke stesen komuter awal-awal pagi.
Sampai ke KL Sentral, aku menaiki LRT ke stesen Universiti. Dari situ aku berjalan kaki ke tempat tujuan, kira-kira 10 minit. Alhamdulillah aku tak terasa penat sepertimana sebulan dahulu. nampaknya keinginan untuk mengamalkan Gaya Hidup Sihat menampakkan hasil. Aku sudah tidak termengah-mengah lagi, perut pun dah nampak berubah..seluar pun dah lekat di pinggang.
Rasanya esok ke pejabatpun aku nak mula balik naik komuter dan bas...menyokong usaha menaiki kenderaan awam dan berjimat cermat. - sambung nanti..
Monday, August 2, 2010
Santai Minda
Assalamualaikum..dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani" ...aku memulakan semula siri jurnal aku yang telah lama terhenti kerana kesibukan duniawi...di pejabat dan melayan karenah manusia dan tuntutan kerja. Keluarga? itu bukan kesibukan duniawi tetapi itu tuntutan naluri setiap insan yang normal dan sihat akal fikirnya. Hari ini aku berada di IPBA (Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa) untuk menghadiri satu tuntutan kerjaya iaitu kursus Intel Teach Essential Courses anjuran Intel Malaysia. Bagiku ini satu peluang untuk santai minda walaupun tak semestinya santai sangkar jiwa dan raga.
Bagi mereka yang sekapal sepertiku yang asyik dengan kerja dan tugasan yang langsung tidak berkenaan "Sasaran Kerja Utama" dan asyik hanyut dengan kerja dan tugasan "one off" maka bolehlah dikatakan macam tiada kerja langsung kerana secara praktikalnya kerja-kerja tersebut tidak akan dinilai oleh markah prestasi. Alangkah ruginya.....
bagi Kapten kapal, nakhoda kanan dan kiri ...berhati-hatilah semasa memilih anak-anak kapal, jurumudi, tukang bancuh kopi dan bendahari...kalau kapal tidak tenggelam..takut asyik belayar senget bagai patah tiang kemudi...sambung kemudian
Subscribe to:
Posts (Atom)