Monday, August 2, 2010

Santai Minda

Assalamualaikum..dengan lafaz "Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani" ...aku memulakan semula siri jurnal aku yang telah lama terhenti kerana kesibukan duniawi...di pejabat dan melayan karenah manusia dan tuntutan kerja. Keluarga? itu bukan kesibukan duniawi tetapi itu tuntutan naluri setiap insan yang normal dan sihat akal fikirnya. Hari ini aku berada di IPBA (Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa) untuk menghadiri satu tuntutan kerjaya iaitu kursus Intel Teach Essential Courses anjuran Intel Malaysia. Bagiku ini satu peluang untuk santai minda walaupun tak semestinya santai sangkar jiwa dan raga.

Bagi mereka yang sekapal sepertiku yang asyik dengan kerja dan tugasan yang langsung tidak berkenaan "Sasaran Kerja Utama" dan asyik hanyut dengan kerja dan tugasan "one off" maka bolehlah dikatakan macam tiada kerja langsung kerana secara praktikalnya kerja-kerja tersebut tidak akan dinilai oleh markah prestasi. Alangkah ruginya.....

bagi Kapten kapal, nakhoda kanan dan kiri ...berhati-hatilah semasa memilih anak-anak kapal, jurumudi, tukang bancuh kopi dan bendahari...kalau kapal tidak tenggelam..takut asyik belayar senget bagai patah tiang kemudi...sambung kemudian

No comments:

Post a Comment