Hari ini aku ke tempat kursus menaiki komuter setelah sekian lama menaiki kereta. Seronok juga kerana aku berkesempatan rehat (tidur-tidur ayam) sepanjang perjalanan ke Kuala Lumpur dari Kuala Kubu Bharu. Cuma kesian, kerana mem aku kena hantar ke stesen komuter awal-awal pagi.
Sampai ke KL Sentral, aku menaiki LRT ke stesen Universiti. Dari situ aku berjalan kaki ke tempat tujuan, kira-kira 10 minit. Alhamdulillah aku tak terasa penat sepertimana sebulan dahulu. nampaknya keinginan untuk mengamalkan Gaya Hidup Sihat menampakkan hasil. Aku sudah tidak termengah-mengah lagi, perut pun dah nampak berubah..seluar pun dah lekat di pinggang.
Rasanya esok ke pejabatpun aku nak mula balik naik komuter dan bas...menyokong usaha menaiki kenderaan awam dan berjimat cermat. - sambung nanti..
No comments:
Post a Comment