Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Hari ini umat Islam mula berpuasa. Aku? puasa dan bercuti. walaupun cuti hampir habis, tapi aku terpaksa juga bercuti hanya dengan satu niat dan harapan anak-anak aku akan tabah berpuasa di tahun ini. Aku memang dah niat nak sama-sama bersahur dengan mereka di hari pertama berpuasa, pergi membeli belah juadah puasa, berbuka puasa dan menamatkannya dengan membawa anak sulung teruna aku ke surau untuk berjemaah solat tarawikh...Itu sahaja pengorbanan aku yang termampu untuk mereka sebagai bapa yang sering berjauhan dengan keluarga. Salam Ramadhan

No comments:

Post a Comment