Sunday, May 29, 2016

MEMAAFKAN….

(Mampukah atau aku tidak kuat untuk itu)

“Memaafkan memang tidak dapat mengubah masa lalu,
Tapi in sha Allah akan mempermudahkan masa depan”

“Forget what hurt you in the past…
But never forget what it taught you…”

“Belajar tersenyum ketika terluka..
Belajar memaafkan ketika sakit…”
Muhamad Agus Syafii

“Forgive them even if they are not sorry”

“Tak perlu bersusah payah untuk membalas dendam
Cukup maafkan setiap kesalahan
Kerana memaafkan adalah dendam yang terindah”

“Ambilkan sebuah cawan milikku.
Hempaskan ke lantai sehingga pecah.
Apabila aku marah, kau ucapkanlah kata-kata maaf padaku..
Aku? Akan memaafkanmu. Sungguh.
Lantas, bagaimana dengan cawan itu?
Adakah ia akan kembali seperti sediakala?
Tidakkan?
Ketahuilah, memberi maaf dan kecewa adalah dua hal yang berbeza.”

“Forgiving someone is easy, it’s trusting them again that’s hard”

“Memaafkan bukan kerana ia layak dimaafkan
Tapi kerana kamu layak bahagia”
                        Adjie Silarus

“Tidakkah dia malu kepada Allah?
Kerana dia meminta maaf kepada-Nya
Tapi dia tidak mahu memaafkan
Sesama hamba Allah”
                       Syaikh Su’ud Assyuraim, Imam Masjidil Haram

“I forgive people but that doesn’t mean I accept their behaviour or trust them.
I forgive them for me,
So I can let go and move on with my life”

“How many times should we forgive a person?
As many times as you would like Allah to forgive you”

“Memaafkan tidak bererti melupakan…
Perkara yang menyakitkan sukar untuk dilupakan…
Walaupun kita sudah memaafkan…
Bukan tidak ikhlas..
Kerana parut masih ada.
Ianya meninggalkan kesan

Kerana itu jangan terlalu mudah menyakiti orang
Nanti kita akan disakiti
Dan bukan mudah dimaafi”

“Terkadang kamu memaafkan seseorang
Bukan kerana kamu lemah
Tapi kerana kamu menyedari
Semua orang boleh melakukan kesalahan”
                        Gunz

“It takes a strong person to say sorry
And an ever stronger person to forgive”

“Be the flower that gives its fragrance to even the hand that crushes it”
                        Ali Ibni Abi Talib

“Forgiveness is the fragrance that the violet sheds on the heel that has crushed it.”
                        Mark Twain

“Forgiveness is not an occasional act
It is a constant attitude”
Martin Luther King, Jr

“Forgiveness is God’s command”
                        Martin Luther King, Jr

“Often the most difficult part of repentance is to forgive yourself
Discouragement is part of that test
Do not give up
That brilliant morning will come
                        Boyd K. Packer

“The weak can never forgive
Forgiveness is the attribute of the strong”
                        Mahatma Ghandi

“It’s one of the greatest gift you can give yourself, to forgive
Forgive everybody”
                        Maya Angelon

“Forgiveness is a funny thing.
It warms the heart and cools the sting”
                        William Arthur Ward

“Forgiveness is the final form of love”
                        Reinhold Niebuhr

“Without forgiveness, theres no future”
                        Desmond Tutu, South African Leader

“It is better for a leader to make a mistake in forgiving
Than to make a mistake in punishing”
                     Al-Tirmidhi (Hadith)

“To punish the oppressors of humanity is clemency; to forgive them is cruelty”
                        Maximillen Robespierre, French Leader

“A great leader needs to love and respect people,
And he needs to be comfortable with himself and with the world.
He also needs to be able to forgive himself and others.
In other words, a leader needs grace”
                        Lee Hindery

“We often worry about the harm we can cause by what we say,
Instead of being concerned about the healing we can bring about by speaking”
                        Karl Greenhill

Sebelum aku menutup mata untuk lena malam ini aku dedikasikan kata-kata maaf ini…”Aku Maafkan Kamu” untuk semua yang pernah melukakan hati dan mindaku tanpa aku sedari, apatah lagi untuk mereka sedari sendiri.

Tapi, maaf. Untuk peristiwa yang telah berlaku sepanjang empat musim yang lalu. Aku tidak akan maafkan sampai bila-bila walaupun mentari timbul di ufuk barat.

Menunggu Pagi

Menunggu pagi
Mentari pagi mengintai dalam lesu
Sehampa hati unggas yang sayapnya robek
Kecil mata hatiku menahan sinar itu

Jiwaku gagah juga…

Saturday, May 28, 2016

Menunggu Senja

Menunggu rebahnya siang di pangkuan malam
Lena lembayung dibuai bisik pungguk

Ke mana menghilangmu rembulan?
Masih adakah rajukmu di balik kawanan bintang?”

Friday, May 27, 2016

Puisi KITA: Dua Dekad

(nukilan teman yang dekat di hati)

Kemelut muara yang dua dekad dibadai angin sepi
Bersama puing-puing air yang mengalir lesu
Mencacah gigi tebing yang terbiar kaku

Pun begitu air tetap mengalir laju
Meninggalkan muara yang kejung kaku

Salah waktu yang membiarkan muara begitu…

Thursday, May 26, 2016

HARI GURU 2016: Hari Aku Bersama Guru

16 Mei 2016. Sambutan di seluruh negara. Taglinenya, “Guru Pembina Negara Bangsa”.

Berpencak para atasan dan marhaen pendidikan negara bergabung di Bumi Di Bawah Bayu bagi meraikan apa yang sering digelar sebagai ‘hari keramat guru’. Pelbagai inisiatif dan janji bagi memperkasakan kerjaya guru dinyanyikan dengan nada gembira walaupun yang mendengar sebenarnya sudah puas berduka.

Pelbagai pengisian yang sudah tentunya amat berkurang dari senario yang sama pada tahun-tahun yang lalu. Puncanya adalah kurang dana atau bahasa yang boleh diterima masyarakat Gen Y, “mengoptimumkan perbelanjaan”. Itu di sana.

Tapi aku di sini, SK Ampang Pecah dan SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. Senario sama tapi lain cerita. Tiada inisiatif, tiada janji untuk dihulurkan bagi menaikkan semangat juang para guru.

Aku hadir atas kapasiti berbeza. Aku Yang Dipertua (YDP) dan Naib YDP PIBG. Aku juga guru. Hadir untuk menzahirkan rasa penghargaan dan terima kasih. Hadir juga untuk berkongsi meraikannya. Tahun-tahun sebelumnya aku hanya meraikannya berseorangan sambil ditemani warga jabatanku yang bilangannya hanya tiga orang. Terima kasih atas rasa penghargaan kalian itu.
  



Aku di SK Ampang Pecah. Berdeklamasi.


Aku di SMK Ampang Pecah. Sekadar hadir.

Tahun ini, ucapanku pendek. Tapi kali ini buah tanganku adalah senaskah puisi karangan sendiri dan mendasari tema sambutan di SKAP, “Andai Aku Bukan Seorang Guru”. Tahun ini juga aku turut dedikasikan sambutan ini untuk mereka yang bukan guru tapi jasa dan tanggung jawabnya seberat beban guru. Pembantu tadbir, juruteknik computer, pembantu prasekolah dan pembantu pendidikan khas. Mereka sebenarnya adakalanya lebih rapat dengan murid berbanding guru. Kadangkala mereka juga lebih dekat dengan murid berbanding ibu dan bapa. Aku “salute” mereka.

Untuk semua guru dan kakitangan;
SK Ampang Pecah
SMK Ampang Pecah
SM Sains Teluk Intan (maaf buat kesekian kali gagal hadir. Doakan In Sha Allah tahun hadapan).

“SELAMAT HARI GURU”. “SELAMAT HARI PEKERJA”
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
Bangganya aku seorang guru.

"Jadi guru itu tidak usah punya niat bikin pintar orang. Nanti kamu hanya marah-marah melihat muridmu tidak pintar. Ikhlasnya jadi hilang. Yang penting niat menyampaikan ilmu dan mendidik yang baik. Masalahmu muridmu kelak jadi pintar atau tidak, serahkan pada Allah. Didoakan  saja terus menerus agar muridnya mendapat hidayah".

KH Maemun Zubair

Monday, May 9, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016...Berbaur Warna dan Rasa

Semalam, sekali lagi rutin hujung minggu bersama keluarga untuk aku manfaatkan dengan penuh kualiti sebaik mungkin. Permintaan Hari Ibu kata ibu anak-anakku. "Kemana?" "Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016 di MARDI." Dua jam selepas itu, kami pun sampai ke lokasinya.


Pertama kalinya di MAEPS, Serdang. Bertemakan 'Destinasi Percutian Keluarga'. Ramai, riuh tapi teratur dan terkawal. Bahang panas yang melanda tidak meluntur hati keluargaku, lebih-lebih lagi ibu mereka yang amat meminati novel khususnya karya Ramlee Awang Murshid dan Norhayati Berahim. Kaki melangkah melewati setiap petak penerbit tempatan dan antarabangsa, duit bertukar tangan manakala tangan dengan megah membimbit beg-beg plastik mahupun kertas beraneka corak yang diberikan sebagai 'hadiah' membeli karya mereka.



Apa yang ingin ku kongsikan ialah minat pengunjung. Walaupun kedua-dua khemah pameran yang besar ini memuatkan pelbagai jenis dan aliran penulisan buku sama ada akademik, motivasi, agama dan sebagainya, hasil fiksyen tetap menjadi sambutan utama. Puas sasterawan negara dan ahli bahasa berdiskusi di satu sudut, nyaring suara penyair melaungkan puisi melantun ke segenap penjuru, akhirnya seorang pelakon yang pernah membintangi drama adaptasi sebuah novel berupaya menjadi pilihan dan tumpuan ramai khalayak. Penulis novelnya hadir tetapi hanya dijemput sekadar untuk menandatangani novel di hujung meja manakala 'goodies'nya ialah berpeluang ber'selfie' dengan pelakon. Apa yang penting, karya terbitan syarikat-syarikat ini boleh LAKU dijual.


Kedua, aku lihat anak-anak muda sekarang ini mula memilih lingkungan buku-buku yang terhasil daripada koleksi penulisan blog. Judul, rekaan kulit buku dan pilihan bahasa kata yang lebih santai menjadi pilihan mereka. Isi? Kandungan? merentas semua sama ada yang ringan mahupun lebih berat. Aku lebih berminat melihat bagaimana penerbit baru yang kebanyakan 'Melayu" cuba bersaing dengan pempamer-pempamer yang bersaiz besar dan kedai buku yang juga 'gergasi' dalam jalurnya seperti Popular Book Store, Borders dan MPH Book Store (sekadar menyebut beberapa nama). DoBook Press, Jootawan Group, Karya Seni, Member Boss, Al Fateh dan Kaki Buku menjadi pemain baru dalam membekalkan khalayak buku di negara ini dengan bahan-bahan bacaan pilihan. Aku salute dengan mereka seperti tagline DuBook Press..."Jual Buku...Tidak Menjual Maruah".