16 Mei 2016. Sambutan di seluruh negara. Taglinenya, “Guru
Pembina Negara Bangsa”.
Berpencak para atasan dan marhaen pendidikan negara bergabung
di Bumi Di Bawah Bayu bagi meraikan apa yang sering digelar sebagai ‘hari keramat
guru’. Pelbagai inisiatif dan janji bagi memperkasakan kerjaya guru dinyanyikan
dengan nada gembira walaupun yang mendengar sebenarnya sudah puas berduka.
Pelbagai pengisian yang sudah tentunya amat berkurang
dari senario yang sama pada tahun-tahun yang lalu. Puncanya adalah kurang dana
atau bahasa yang boleh diterima masyarakat Gen Y, “mengoptimumkan perbelanjaan”.
Itu di sana.
Tapi aku di sini, SK Ampang Pecah dan SMK Ampang Pecah,
Kuala Kubu Bharu. Senario sama tapi lain cerita. Tiada inisiatif, tiada janji
untuk dihulurkan bagi menaikkan semangat juang para guru.
Aku hadir atas kapasiti berbeza. Aku Yang Dipertua (YDP)
dan Naib YDP PIBG. Aku juga guru. Hadir untuk menzahirkan rasa penghargaan dan
terima kasih. Hadir juga untuk berkongsi meraikannya. Tahun-tahun sebelumnya
aku hanya meraikannya berseorangan sambil ditemani warga jabatanku yang
bilangannya hanya tiga orang. Terima kasih atas rasa penghargaan kalian itu.
Aku di SK Ampang Pecah. Berdeklamasi.
Aku di SMK Ampang Pecah. Sekadar hadir.
Tahun ini, ucapanku pendek. Tapi kali ini buah tanganku
adalah senaskah puisi karangan sendiri dan mendasari tema sambutan di SKAP, “Andai
Aku Bukan Seorang Guru”. Tahun ini juga aku turut dedikasikan sambutan ini
untuk mereka yang bukan guru tapi jasa dan tanggung jawabnya seberat beban guru.
Pembantu tadbir, juruteknik computer, pembantu prasekolah dan pembantu
pendidikan khas. Mereka sebenarnya adakalanya lebih rapat dengan murid
berbanding guru. Kadangkala mereka juga lebih dekat dengan murid berbanding ibu
dan bapa. Aku “salute” mereka.
Untuk semua guru dan kakitangan;
SK Ampang Pecah
SMK Ampang Pecah
SM Sains Teluk Intan (maaf buat kesekian kali gagal
hadir. Doakan In Sha Allah tahun hadapan).
“SELAMAT HARI GURU”. “SELAMAT HARI PEKERJA”
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”
Bangganya aku seorang guru.
"Jadi guru itu tidak usah punya niat bikin pintar orang. Nanti kamu hanya marah-marah melihat muridmu tidak pintar. Ikhlasnya jadi hilang. Yang penting niat menyampaikan ilmu dan mendidik yang baik. Masalahmu muridmu kelak jadi pintar atau tidak, serahkan pada Allah. Didoakan saja terus menerus agar muridnya mendapat hidayah".
KH Maemun Zubair
No comments:
Post a Comment